Nuffnang Ads

Monday, 13 May 2013

Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 pemenang bertuah

Giveaway yang pertama aku join. Aku pun tak taw camne nak buat pakai belasah jer ni. Hopefully kena dengan rules and regulation nya. Kalau nak join cepat-cepat sebab hanya untuk 30 penyertaan. Aku pun tak sure aku masuk dalam kuota ke tidak. Ehhh! Apa aku mengarut panjang ni. Ciao!! :)

Saturday, 11 May 2013

Ayam Golek Lima Bintang


Hola dan salam Sabtu kepada semua readers Kakitanganmata. Ada sihat ke semua? Hujung minggu watpe? Ada gi jalan-jalan tak...tengok movie-movie yang aku review atau ada pergi makan-makan? Makan?? Hmmmmmm....Aku memang suka kalau bab makan ni. Selain tengok movie, melancong dan bersukan, makan adalah antara aktiviti yang aku gemari. So mulai sekarang aku akan share sedikit sebanyak tentang 'food experience' aku kat korang. Takdelah boring mengadap blog aku cite pasal filem jer kan :)

Orait. Where do we start. Ok got it. Aku mula dengan makanan kegemaran aku dulu iaitu AYAM. Kalau korang nak tahu aku suka makan ayam. Tak kisah lah ayam jenis apa. Ayam kampung ker, ayam hormon ker, ayam dara ker, ayam belanda ker semua aku bedal. Cuma ayam gelek kereta atau ayam sembelih tak baca Bismillah yang aku tak makan. Ayam lain aku on the spot jer.

Baru-baru ini aku makan ayam golek kat Restoran Ayam Golek Lima Bintang kat Pantai Dalam,KL. Ayam golek ini dulu famous kat Pantai Dalam dan dikenali sebagai Ayam Golek Nara Seafood. Sekarang dah pindah ke lokasi baru berdekatan area stesen komuter Pantai Dalam.

Aku pergi makan situ pun sebab member-member aku semua cakap "sedap dan ranggup, sehingga menjilat jari macam KFC". Ok ayat yang macam KFC tu tak betul saja aku tambah. Tapi member-member aku yang kuat makan cam Rizal, Ben dan Din betul-betul cakap sedap. Untuk informasi korang member-member aku ni semua jenis yang boleh makan satu ekor ayam kurang dari 5 minit. Apa seekor ayam 5 minit? Biar betul! Orang ker apa ni? Ker macam cakap orang tua-tua ada membela kot?

Istimewa ayam golek ini dibakar sekali dengan daun pandan. Memang terangkat baunya!
Sebenarnya aku saja tambah lagi. Dioarang tak makan seekor ayam dalam 5 minit. Tapi seekor ayam tu betullah. Saja buat gimmik jer hohohoho. Tapi cuba korang fikir apabila rakan-rakan yang terdiri dari pakar-makan-ayam-seekor cakap ayam golek kat situ sedap gila, mesti kita nak cuba kan? Lain lah kalau jenis makan cubit sikit-sikit jer. Susah sikit nak percaya, betul tak? :)

Dengan harga serendah RM20 anda boleh menikmati hidangan lazat seekor ayam ini.
Sedap ker tidak? Perghhh! Memang sedap dan terbaik! Tak sia-sia aku ikut cadangan member-member aku. Aku yang juga merupakan ahli Persatuan Makan Ayam Seekor macam dioarang boleh bagi thumbs up!

Menu pilihan aku hari tu ayam golek seekor, tomyam campur, telur dadar dan kangkung goreng belacan. Nyum! Nyum!
Jadi kalau korang rasa teringin nak makan ayam golek yang sedap, Aku suggest korang datang sini. Harga pun ok berbaloi. Kalau tak nak makan ayam golek saja kat sini ada juga masakan-masakan lain seperti seafood, tomyam pelbagai. Cuma jangan order burger bakar atau goreng pisang sebab sini takde.

Pelbagai menu pilihan disediakan. Boleh pilih menu set lagi kalau datang beramai.
Jadi apa lagi datanglah cuba. Memang rugi kalau tak try! Ciao!!! :)


Thursday, 9 May 2013

AWAS! Identiti anda mungkin dalam bahaya!

Pada suatu ketika dulu....jeng jeng jeng....suspen....

Akulah pencuri identiti terkenal. Agak-agak sapa mangsa aku seterusnya ya...hmmmmmm.....
Dulu aku pernah curi identiti Batman tapi  leceh sebab asyik kena kerja shif  malam. Tido memang problemo!
Boring jadi Batman aku menyamar jadi Spiderman lak. Lagi masalah  sebab  kena lompat sana sini. Gaji lak ciput!
Hait! Jadi watashi saja belum pernah san? Arigato gozaimas san! Cakap Jepun main hentam gomo san!
Ishhhhh!!! Jangan menyibuk! Tak hingin nak curi identiti kau! Kang tak pasal-pasal hari-hari kena makan sushi. 
Hmmmmm....apa kata aku curi identiti diva-diva cantik lak cam Rozita Che Wan ker...
Rozita : Sedar diri tu sikit kalau ya pun nak curi identiti mek! Diva ker tidak tu?
Barney : Susah-susah kau curi jer identiti aku. Bebudak suka, hehehehe......
Dah lah tu....dah lah tu... hentikanlah curi identiti orang tuh! Berdosa dan takde pekdahnya!  Kang aku gari baru tau!
Tahu takut. Lari kak jangan tak lari. Padan muka nak sangat curi identiti orang kan!
Secara ringkasnya, sketsa di atas tiada kaitan dengan filem Identity Thief yang aku tengok minggu lepas. Apa? Minggu lepas tengok baru nak update? Apa kono kau jang? Kang reader semua lari padan muka kau! Apa? Komputer rosak? Oooooo camtu rupanya.....patut lambat update. Takpe-takpe lain kali jangan buat lagi :)


Bagi aku filem Identity Thief ni ok oklah kelakarnya. Maksud aku kelakar tapi tak banyak scene kelakar yang boleh buat kita ketawa cam orang gila. Sayang sekali dengan adanya dua pelakon komedi berbakat seperti Jason Bateman ( Horrible Bosses ) dan Melissa McCarthy ( Bridesmaids ), Identity Thief gagal menjadi sebuah filem komedi bertaraf kelas A. Lambakan lawak berunsur slapstik dalam Identitiy Thief dan mood filem yang kejap lawak kejap sedih membuatkan kadang-kala kita merasakan seperti bukan melihat filem komedi. Walaubagaimanapun Identitiy Thief masih merupakan filem komedi yang menghiburkan tetapi jika korang ingat korang akan gelak sakan dalam panggung korang mungkin akan kecewa. Rating 3 dari 5 bintang. Ciao!! :)

P/s : Cam biasa terima kasih Google atas image-image semua. Tanpamu siapalah aku. Perghhh! Ayat!!

Monday, 29 April 2013

Surat untuk Ironman.

AMARAN!! Article di bawah mungkin akan meyinggung atau mempermainkan emosi jika di ambil secara serius. Segala kecederaan mental atau fizikal tidak akan di tanggung!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada,

Peminat-peminat Ironman dan yang sewaktu dengannya.

Best sangat ker filem Ironman 3 tuh? Best sangat ker sampai punya lah susah nak dapat tiket wayang. Sana sini full house. Best sangat ker? Hebat sangat ker?

 
Korang ingat korang terrer sangat ker? Setelah dah berjaya dengan 2 filem seterusnya berani lak nak buat filem ketiga! Wah! Konfident nampak pihak produksi sampai nak wat filem ketiga. Tak takut ker jadi macam Spider-Man yang bila sampai filem ketiga menemui kegagalan? Tak takut ker?

Pelakon utama Ironman 3 Robert Downey Jr lak tak takut ke kalau filem ini tak meletops seperti di harapkan. Dah lah pakai director baru kang tak pasal-pasal kau yang dah famous sebagai actor Gred A sebab Ironman 3 jadi actor Gred....hmmmm....Gred apa ya? Entah! Tak kira lah! Tak takut ker???


Kau ingat dengan watak kau yang bersahaja, berlagak, penuh ego dan konon-konon kelakar tu boleh selamat kan filem ini? Aku tau gaya kau tu menjadi pujaan berjaya-juta gadis seantero dunia tapi adakah itu akan menjamin kejayaan Ironman 3?

Mandarin. Itu bukan nama buah limau tetapi nama watak jahat dalam Ironman 3. Nama macam buah limau ada hati nak jadi watak jahat Ironman 3. Konon-konon abis dahsyatlah tu. Aldrich Killian ( susah bebenor nak sebut ) pun satu lagi watak jahat filem ini. Kuasa api sana sini. Haih! Boleh ker watak-watak antagonis ni buat filem ini best? Haih!


So setelah merapu meraban dengan pelbagai pertanyaan sama ada best ker tidak Ironman 3 hasilnya....


Dukacitanya di maklumkan filem Ironman 3 boleh tahan bestnya. Robert Downey Jr seperti biasa hebat sebagai Tony Stark aka Ironman. Pemilihan Ben Kingsley ( Mandarin ) dan Guy Pearce ( Aldrich Killian ) sebagai watak jahat dalam filem ini memang kena walaupun aku mengharapkan lebih dari watak Mandarin. Ironman 3 juga lebih unsur humour dan skrip yang lebih catchy dan kelakar. Special effects pun di tahap yang memuaskan. Dan yang menarik boleh tengok macam-macam jenis Ironman dalam filem ini. Juga tidak lupa ada budak kecik yang comel nama Harley yang merupakan sidekick Ironman. Amat menghiburkan chemistery antara Harley dan Tony Stark.
 
Oleh yang demikian dengan berat hati aku bagi rating 4 dari 5 untuk Ironman 3. Ker tak cukup lagi??

Sekian terima kasih.

Daripada,

Presiden Persatuan Musuh-musuh Ketat Ironman

 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMARAN KEDUA! Anda dilarang sama sekali untuk meniru cara penulisan diatas kerana di khuatiri akan menyebabkan Hypoxia.

Ciao!!